saat pertama ku memandangmu
tiada secubit perasaan pun terlintas ketika itu..
hanya pandangan kosong ku lemparkan..
ketika pertama kali kau senyum padaku..
juga..tiada sedetik perasaan hadir..
ku hanya sekadar membalas senyuman mu..
namun..semakin hari berlalu..
semakin ku rasa perasaan itu hadir tanpa dipinta..
entah mengapa,,hati ini semakin teruja menunggu kehadiranmu..
menatap wajahmu..
membuatkan ku terus tersenyum..
seperti kanak2 mendapat gula2..
seperti kekasih mendapat bunga..
seperti si miskin mendapat rezeki..
hari demi hari berlalu..
ku rasakan hati ini kian mekar dengan rasa itu
dari suka bercambah sayang
dari sayang berputik cinta
dari cinta terdetik rasa
untuk terus kekal menunggumu
melafazkan kata kau suka padaku
menunggu ucapan cinta darimu
menanti kau menyatakan isi hatimu
ternyata..
kau juga rasa apa yg ku rasa
seperti telah ditentukan..
pertemuan kita
perkenalan kita
perhubungan kita
ku berdoa pada Yang Esa..
sekiranya inilah insan yang ku cari
untuk membantu ku menghadapi dugaanMu Ya Allah..
aku redha..
Ya..sesungguhnya aku redha andai dia telah Kau takdirkan untukku
siapakah die??
InsyAllah..dialah insan yang ku cari cari selama ini
yang kunanti2 setiap detik dan waktu..
yang ku tunggu kewujudannya sejak dulu
yang sentiasa menjadi bayang2 khayalan ku dari dulu..
semoga Kau rahmati pertemuan ini..
sesungguhnya,,sebagai hambaMu,,aku sayang padanya..
khas buat teman hidupku..
yang suatu hari nanti bakal melengkapi hidupku..
yang teramat ku cintai..
yang teramat ku cintai..
awak...
MOHD MISBUN BIN AZAHAR..
inilah nukilan cintaku untukmu..
yg lahir dari hati..
yang ikhlas menerima,menyayangi,,dan mencintaimu..
terima kasih di atas segala2nya..

No comments:
Post a Comment